Sunday, February 20, 2011

Cakap pandai la, buat tengok...

Assalamualaikum..

Post kali ni sy ingin membawa anda para pembaca semua memasuki ke satu dimensi berbeza..berbeza dgn post-post sy sebelum ini..

*masuk mode serius*

Tempoh berkhidmat hampir ke penghujungnya..menghitung hari bergelar mantan..masa untuk melepaskan jawatan semakin hampir..semakin hampir ke tarikh itu, semakin besar kebimbangan hati ni..

Siapa yg akan menjadi pengganti?

Tentunya ingin melihat pengganti yg lebih baik dan lebih berwawasan dalam memimpin dan meneruskan apa yg pernah diusahakan..

Soalnya siapa??

Mereka?

Siapa mereka?

Rasa terkilan dan sedih dgn situasi yg berlaku sekarang..pada pandangan sy, mahasiswa kini semakin lemah, berfikiran sempit dan semakin individualistik..tak kurang juga yg hanya menjadi pak turut je..

Ok cukup la guna ayat skema....penat nak memikir ayat gramatis ni kita terus to the point...

Budak-budak ni pandai cakap je..tak puas hati, mengadu tu, mengadu ni..mintak tu, mintak ni..kritik tu, kritik ni..tu tak betul, ni tak betul..cakap bukan main lagi berapi-api..tp rupanya semut api je..bila tiba waktu macam ni nak serah jawatan, mula la masing-masing sorok muka bawah alas kaki! perlu ke korek lubang cacing nak carik muka korang?

Kalau pandai sangat kritik orang, ke depan la..betulkan apa yg tak betul tu..peluang depan mata tak nak pulak amek..yelah free je kan..bukan ada alaun pun buat kerja-kerja semua ni..gaji pun takde..bak kata orang sebijik macam bibik..bibik pun dapat gaji..istilah tepat adalah kuli..kalau lah ada imbuhan duit, tentu-tentulah semua berebut-rebut nak jawatan..orang yg 'buta huruf dan pekak' pun nak jugak..

Hidup mengharapkan orang lain, lagak seperti tuan tanah yg menggaji bibik-bibik, semua nak sempurna untuk kesenangan mereka, tp tak reti bersyukur dgn apa yg ada depan mata..ni namanya orang yg tak kenang jasa..dan bilangannya semakin bertambah dari hari ke hari..

Bila orang lain naik jd pemimpin keluar lah balik muka-muka bawah alas kaki tu terpekik terlolong menyalak-nyalak..mengumpul kroni-kroni yg seangkatan dan sespesies dgn mereka semua ni..bila ada yg tak kena sikit mula lah menggelabah tak tentu pasal macam cicak kena goreng..menuding jari tepat, accurate dan precise..apa gelaran yg sesuai untuk orang yg macam ni??

Bila tak ada program, tanya kenapa tak ada program? bosan, ajk tak buat kerja..tanya apa gunanya korang jadi ajk tp tak buat kerja? setakat nak glamour je baik tak payah..ok fine, kita test diorang ni..kita buat program..tup-tup, eh mana budak tu??? sgt 'supportive' ye mereka ni..

Ada jugak yg suka menembak, memanah, menyumpit, menikam, merejam dan macam-macam me- lagi..tp malangya tak kena pd sasaran..apa lagi nak dikatakan precise dan accurate..

Ada jugak student-student yg 'not responding' ni..sangat pasif dan individualistik..kau kau, aku aku..tak kisah pun apa yg jadi kat dunia luar..asyik dan hanyut dgn dunia sendiri..study 24 jam? mereka ni mcm 'hidden files'..wujud tp tak terlihat..
mereka tak akan respond dgn stimulation atau segala jenis rangsangan..

**************************************

Inilah senario yg berlaku.. bukan je kat sini, tapi kat mana-mana pun mesti ada jugak orang mcm ni..sinonim lah dgn masyarakat melayu..aduhai bangsa ku..

Kami melaksanakan tugas dgn ikhlas hati..tak meminta dibalas dgn wang ringgit..tak pulak minta diberi penghargaan..dan tak pula meminta dicaci dan dimaki..memikul tanggungjawab dgn rela hati..

Jika anda mengharapkan wang dan penghargaan semata, maka itulah yg akan anda dapat..tetapi jika tiada keikhlasan di hati, maka tiadalah berkat sesuatu yg anda lakukan..

Cubalah pikul tanggungjawab ini barang sekali..maka anda akan rasai apa yg kami rasai..dan ketika itulah anda tahu betapa sukarnya untuk memuaskan hati semua pihak..

1 comment:

ASRUL ANWAR said...

"hidden files"...i like that..hehe

btw...pendapat aku yg pernah melalui situasi yg same..mgkin persatuan/organisasi kena selalu BERINTERAKSI dengan ahli. libatkan ketua kelas, atau wakil kelas dalam mesyuarat, so that they would be part of it.

dan, organisasi yg baru terbentuk kene cepat bergerak melatih "pelapis" dari awal..utk elakkan semua masalah "sembunyi bawah alas kaki"..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails