Monday, November 30, 2009

celaru bahasa


hhmmm...

apa nak jadi dgn bahasa melayu kita ni...semakin lama semakin terhakis...entah2 lama-lama terus hilang...pepatah mungkin ada mengatakan "takkan melayu hilang di dunia"...tapi ape yg kita lihat hari ni adalah bukti bahawa bahasa melayu kian luntur dan digantikan dgn bahasa 'rojak'...'rojak' kat sini bukanlah bermaksud campuran bahasa melayu+bahasa inggeris..tapi penggunaan ejaan dlm bahasa melayu tu sendiri yang bercelaru..

ye...semua org fhm kalau nak taip mesej (sms) kena la guna shortform, itu masih boleh diterima lagi la sebab dah nama pun short message, kena la short2 @ pendek2 je...tapi yang aku tak berapa senang membaca bila ada sesetengah individu yang menggunakan ejaan yang entah apa-apa ntah...kononnya nak nampak moden n trendy sikit (ada pulak yang cakap nampak manja..eerkk??)...sampai nak baca pun terkial2 sebab tak berapa nak faham apa yang ditaip n membuatkan occipital lobe (otak) bekerja lebih keras utk menterjemah...bukan ke sms tu utk org lebih mudah baca n mudah faham???

contoh2 perkataan yang menyakitkan mata membaca:

aku - akew
ke - kew/ker
benci - menci
gila - gler
pun - pown
tau - taw/auw
itu - tuh/tur
sayang - sayunk (ejaan english sebut bhs melayu)

dan kadang2 shortform yang digunakan terlalu short sampai tak faham langsung!

pergi - pg (pergi ke pagi?)
lagi - ag/g (pergi ke?)
pandai - pdi
yang - y (yang ke why?)
kereta - krt (kerat ke karat?)

bahasa inggeris pun tak ketinggalan menjadi mangsa...

patient - pt (ape tu??)
hot - hawt
boring - bowing/bowink (???)

sebnarnya banyak lg perkataan2 spesies mcm ni..tp nanti kalau aku senarai semua dah jd kamus pulak! aku harap kawan2 aku dan sesiapa saja jangan la mudah terpengaruh n kekalkan la bahasa kita..kalau bukan kita siapa lg??

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails