Friday, December 4, 2009

Kembali ke Rahmatullah...

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nura bt Abdul Razak...

hari ini aku dapat sebuah berita yg menyedihkan..ibu kepada Abg Sham (guru zapin aku) telah kembali menghadap Ilahi pada jam 11.30 malam tadi...allahyarhamah meninggal dunia disebabkan menderita penyakit kanser paru-paru (lung cancer)...amat memeritkan sekali...pergi pada usia yg muda..namun perginya pada khamis malam jumaat yg mulia..semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dr Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman dan solehah....amin....

Abg Sham seorang guru tarian yg berbakat dan kreatif dan juga bekas penari Yayasan Warisan Johor..menjadi guru tarian aku selama lebih kurang 2 tahun ('05-'06)..banyak ilmu yg telah dikongsi dgn aku sehingga menjadi lebih mahir..seorang yg selalu ceria dan mesra dgn ank muridnya menjadikan dia seorang guru yg dikagumi..terima kasih atas segala ilmu yg diberi...

namun apa yg menyedihkan mata aku melihat ialah mereka2 yg datang melawat (kebanyakan lelaki) hanya berdiri di luar pagar berkumpul dan berborak-borak kosong atau mengenai hal-hal yg tiada kaitan sambil mengembus asap yg akn memendekkan umur mereka..dah mcm mesyuarat tepi jalan dah aku tgk..bukan ke lg bagus kalau kita sedekahkan al-fatihah dan selawat sebanyak mungkin kepada si mati drpd berborak kosong??atau tolong apa2 yg patut...pd aku kalau setakat nk berborak baik pergi warung...kat mana2 pun aku pergi situasi/senario mcm ni msti ada...sikap dan mentaliti mcm ni perlu diubah..tp siapa yg bertanggungjawab??tepuk dada tanya iman...

salam takziah buat Abg Sham sekeluarga...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails