Sunday, November 21, 2010

Final Countdown - mimpi result



Salam....

Huuhhh...hati semakin gemuruh, jantung semakin berdebar..menanti detik dan saat yg dinanti-nantikan..EXAM!!! yeah...malam ni bermulalah perjuangan masa depan..paper pertama yg bermula 8.30 malam ni subjek universiti - Asas Pembudayaan Keusahawanan..walaupun subjek U je, tapi perlu jugak beri perhatian, sebab masuk pointer tu..dan sebab subjek-subjek lain masih lg terawang-awang dan menerawang, nak tak nak kena skor jugak subjek U..untuk back-up pointer..hehe

Jadi persediaan yg perlu dilakukan;

- Sediakan bekalan peluru secukupnya - sebab soalan semua objektif dan peluru sgt penting pd saat-saat genting..
- Senjata yg digunakan mestilah mempunyai 'target mark' supaya dapat menghasilkan bidikan yg tepat..lagi bagus kalau ada navigator & radar sekali..

Kalau ikram dah mimpi jawapan, aku ni dah mimpi result pulak! belum exam lg dah mimpi result cam ne ni? biasanye result-result exam yg aku mimpi jd kenyataan - result PMR & SPM aku dah tau dulu dah sebelum result sebenar keluar..cam tu jugak result sem 1 & 2 yg lepas..walaupun mimpi tu tak 100% tepat, tapi boleh kata hampir 90% betul la..


Di sini juga sy nak ucapkan selamat berjuang kpd rakan-rakan yg lain selama 14 hari ni..jangan ada yg buat benda-benda tak pekdah..tau la semua orang stress waktu exam ni..masa ni la tak cukup tidur, tak cukup makan, tak cukup mandi, tak cukup segalanya..semata-mata nak cukupkan study..ni la yg dah terjadi kpd sahabat kita - ikram & shazwan (anaman)..dek kerana mata dah kelabu dok ngadap buku & nota je, warna pun dah tak reti beza....mungkin tersalah beli...atau jugak mungkin masa tu diorang berada dalam minda separa sedar..keh keh keh...apa-apa pun, cantik selipar tu...

Selamat exam jugak kpd kawan-kawan medic sy..walaupun dah start sebelum post ni dipublish, tak kira, nak wish jugak..dengar cerita soalan korang sangat 'best'..hehehe...anaman siap amek supplement fish oil & vitamin E lg..tak tau la nasib kitorang ni cam ne pulak..

Rai yg baru balik dari Kemboja pagi td, selamat study ye...hehehe..

*Info diet: ------------------------------------------------------------------------------>

Fish oil - Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA yang dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Makanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif..

Vitamin E - Mempunyai antioksidan yg menentang radikal bebas dalam tubuh, meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stres, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung koronari. Sangat penting bagi kesihatan kulit dengan menjaga, meningkatkan elastisiti dan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan, melindungi kulit dari kerosakan akibat radiasi sinar ultraviolet, serta mempercepat proses penyembuhan luka..
*luka di luar nampak parutnya, luka di dalam siapa yg tahu......

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails