Monday, November 1, 2010

Sempat tak nak graduate?

Salam readers...

Terfikir tak kita sebelum ni, sempat tak graduate dan menggenggam segulung ijazah? Tentu tak pernah terfikir kan..

Tapi apa yg membuatkan aku terfikir pasal ni, bila terbaca artikel tentang '2012' tahun lepas..tentu korang pun dah familiar dgn isu 2012 ni..

Saintis barat meramalkan dunia akan kiamat pd tahun 2012..apa evidence nya? Pernah tak dengar tentang Planet X atau planet Nibiru?

Kononnya Planet Nibiru ni dah dijumpai oleh orang-orang Mayan beribu tahun dahulu, tapi saintis kini baru menemui kewujudan planet ini seperti yg dikhabarkan oleh orang-orang Mayan dahulu..

Planet Nibiru mempunyai orbit 3,600 tahun mengelilingi matahari..dan saintis meramalkan planet ni akan memasuki sistem suria kita dan menghentam Bumi pd Disember 2012 dan menyebabkan apa yg digelar sebagai 'kiamat'..tetapi sesetangah saintis percaya planet ini tidak akan menghentam Bumi, tp laluannya hanya melintasi antara Bumi dan matahari..

Apabila planet Nibiru melintasi Bumi, satu pancaran cahaya merah akan kelihatan di langit dan gerhana matahari dan bulan akan berlaku serentak di Bumi..walaupun tak menghentam Bumi, tetapi tarikan graviti yg sangat kuat akan menyebabkan seluruh sistem di Bumi lumpuh - termasuk system elektronik (senjata canggih, handphone, tv, radio, laptop, dll.) dan bekalan elektrik akan terputus dan segala yg menggunakan bahan berasaskan api (kereta, motor, kapal terbang, jet dan segala kenderaan yg menggunakan bahan api) akan lumpuh dan tidak berfungsi..Keadaan pd waktu itu akan kembali seperti sebelum wujudnya elektrik dan kenderaan seperti yg kita gunakan sekarang..bandar-bandar besar juga akan ditenggelami air..

Apa yg lebih menakutkan adalah 2/3 penduduk Bumi diramalkan akan lenyap! Adakah kita termasuk dalam jumlah 2/3 tu?? Atau termasuk dalam kelompok 1/3 yg terselamat?? Kalau terselamat pun, macam mana keadaannya? Tak dapat dibayangkan betapa dahsyatnya..mungkin ke kembali hidup seperti manusia prasejarah dahulu??

Benar atau tak perkhabaran saintis barat ni, atau sekadar propaganda untuk menakut-nakutkan penduduk Bumi semata-mata, tak dapat dipastikan..hanya Allah yg maha mengetahui..

Tapi kalau tengok keadaan sekarang, tanda-tanda kecil kiamat dah hampir complete semuanya..paras Tasik Galilee pun dah semakin surut dan semakin kritikal.. Dijagka akan kering dalam masa 40 tahun lagi..dan pada waktu itulah Dajjal akan keluar dan menghuru-harakan Bumi..sebelum turunnya Nabi Isa A.S dan Imam Mahadi..

Kalau kira-kira balik, sepatutnya graduate degree tahun 2013..tp seandainya peristiwa ni betul-betul berlaku, tak sempatlah nak merasa menggenggem segulung ijazah..tak dapatlah nak membahagiakan mak ayah dgn ijazah kita tu..tak dapatlah nak jd dietitian..

Tapi walau apa pun ramalan yg dibuat tentang kiamat, kematian itu sangat hampir dgn kita..tak perlu tunggu bila berlakunya kiamat..maut itu boleh datang pd bila-bila masa saja..entah-entah kejap lagi ke, esok ke, lusa ke, minggu depan, bulan depan atau tahun depan...

Sesungguhnya Allah maha mengetahui perkara-perkara yang tersirat dan terhijab daripada dicapai akal manusia…hatta malaikat juga tidak mengetahuinya..

3 comments:

Anonymous said...

xyah nk tgu 2012...sok or kejap ag pon kte leh kembali kpdNye....

ASRUL ANWAR said...

aku grad tahun depan, 2011....harap umor panjang la smpai majlis konvo UniSZA nie..hehe

hashimi said...

btul2........life goes on..........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails