Monday, November 8, 2010

Susah sangat ke?

Salam..

Remaja sekarang khususnya pelajar IPT dah sepatutnya membebankan otak mereka dengan bahan-bahan bacaan yg berat..supaya ia dapat membuka fikiran menjadi lebih luas dan pandang ke hadapan sekali gus dapat membantu masyarakat dan menunaikan tanggungjawab sosial..memandangkan pelajar IPT merupakan salah satu agen penyebar maklumat kpd masyarakat, seharusnya dada dipenuhi dengan ilmu pengetahuan yg bermanfaat dan berguna kpd diri dan orang lain..

Jadi bagaimana seharusnya segala maklumat atau pengetahuan ini dapat dicapai jika tidak melalui pembacaan?

Sekarang bukan lagi masa utk membaca komik, manga, kreko, dsb yg tidak langsung membawa faedah kpd kita mahupun masyarakat..kalau dilihat zaman dahulu zaman datuk nenek kita..mereka lebih cepat mencapai kematangan dan mampu berdikari dgn sendirinya..pernahkah anda melihat datuk atau nenek anda memegang kreko atau komik-komik lain??

Secara peribadi sy amat kesal dan kecewa kerana sukar untuk mencari bahan bacaan ilmiah (yg tak boleh didapati di internet)..hanya sesetengah kedai buku sahaja yg ada menjual buku-buku ini..dan bilangannya amatlah sedikit..ada juga kedai buku yg terpaksa bungkus dan gulung tikar selepas beberapa bulan beroperasi akibat tidak mendapat sambutan daripada masyarakat setempat..adakah ini boleh dijadikan sebagai indikator bahawa masyarakat kita kurang membaca??

Jika kita lihat, komik dan majalah-majalah lebih mudah didapati berbanding bacaan ilmiah..ini kerana jualannya mendapat sambutan dan menggalakkan..tetapi apa pula nasib buku-buku ilmiah? ada sesetengah di antara kita yg terpaksa berjalan jauh hanya untuk mendapatkan sebuah buku ilmiah yg dikehendaki - satu dugaan dan cabaran..

Sesuatu harus dilakukan..tapi bagaimana?? di sinilah letaknya peranan kita sbg pelajar IPT..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails