Tuesday, March 1, 2011

Jom Tengok Jenglot

Dynasty Event Sdn. Bhd. dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Terengganu, Jabatan Kebudayaan Terengganu, Majlis Penggalakan Pelancongan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu akan mengadakan pameran mistik April ni kat Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu..




Pameran alam mistik ni akan membawa dan mempamerkan benda-benda pelik dan mistik seperti anak kerak dari Thailand, jenglot dari Papua New Guinea, toyol dari Indonesia dan jin dalam botol dari serata tempat..tak cukup lagi? ada lagi 130 lagi bahan mistik yang akan dipamerkan seperti minyak dagu, pelbagai batu, tanduk dan tulang yang mampu menjadi bahan pendidikan yang berguna kepada masyarakat, katanya...

Kih kih kih kih kih.....

Kenapa nak buat pameran ni ek? alasan yang 'paling logik' dan selalu digunapakai - untuk menyampaikan mesej kpd masyarakat..untuk memberi pendidikan kpd masyarakat..hahahaha..adoilah..sebenarnya nak buat duit cari untung kan..yelah kalau pameran benda-benda pelik ni tentulah dapat sambutan punya..orang mesti berminat punya nak tengok benda-benda 'unik' ni..duit pun masyuk je..dan si masyarakat yg 'tak terdidik' dan 'tertipu' ni pun berpusu-pusu dan berbondong-bondonglah menuju ke pameran tu..untuk mendapat 'pendidikan' dan 'mesej' lah katakan...dan sanggup menggadaikan akidah diri sendiri, anak-beranak, cucu-cicit dan seisi keluarga...apa jadi kalau sesuatu institusi keluarga tu runtuh akidahnya?




Pameran benda-benda macam ni sepatutnya tak perlu diadakan pun..bukan nak bagi pendidikan, tp makin merosakkan masyarakat..mungkin bg mereka yg berfikir, perkara ni tak menjadi satu masalah atau takkan memberi kesan..kerana mereka tahu membezakan realiti dan fantasi, hak dan batil..tapi bagaimana dgn mereka yg tak berfikir? dan berapa bilangan yg boleh berfikir?? dan kita tahu masyarakat melayu akan menerima bulat-bulat apa yg disogok tanpa melalui satu proses yg kita panggil sebagai BERFIKIR...apa kesannya nanti??

Anak-anak yg masih kecil dan tak tahu apa-apa, disogok dgn benda-benda tahyul dan syirik macam ni, apa kesannya nanti? kenapa perlu mencorak 'kain putih' tu dengan warna hitam kegelapan? bukan ke ia akan menjadi satu tanda dan tompokkan gelap apabila si mak bapak dah tanamkan mentaliti mereka dgn benda-benda tahyul ni?

Dunia terus maju dan menjadi semakin moden..amalan-amalan seperti santau, pukau, tarik duit dan macam-macam lagi pun dah semakin pudar, walau terdapat segelintir yg masih mengamalkannya..tapi apabila dunia bergerak ke hadapan, kita tak perlu menoleh ke belakang lagi..sy lihat pameran ni sebagai satu 'usaha' untuk mengekalkan dan mengukuhkan tradisi amalan masyarakat melayu ni secara berterusan dari generasi ke generasi..generasi baru akan didedahkan dgn benda-benda khurafat ni, sekali gus menyerahkan 'tag' melayu mundur kpd generasi seterusnya..kalau macam ni bila nak maju???

Sy rasa benda-benda mcm ni tak perlu dibawa keluar lagi..biarlah benda tu tenggelam ditelan zaman..dan kita tak perlukan benda-benda tu lagi..bila dikeluarkan, selamanya ia akan berada dalam dunia melayu..selagi itulah kita akan 'terikat'..fikir-fikirkanlah bangsaku....

Lagi satu yg sy tak berapa puas hati..rancangan tv, filem dan drama sekarang ni banyak sangat bercerita dengan hantu..cerita seram, syirik, khurafat, dan boleh dikategorikan sebagai sampah! ni baru betul-betul sampah! contoh, Mantra, Maut, Santau, Histeria, Jangan Tegur, Niyang Rapik, Khurafat, Saka Jentayu, Nangkung, 2 Alam, dan banyak lg..berapa banyak cerita-cerita macam ni kat Malaysia ku tercinta ni? tak terkira kan? dah jadi trend orang buat filem sampah ni..




Kalau kita tengok jumlah kutipan daripada filem-filem ni, perrhhh..memang tebal poket..

Khurafat - 8.07 juta
Niyang Rapik - 3.72 juta
Mantra - 2.4 juta
Ngangkung - 8.2 juta
2 Alam - 0.4 juta
Jangan Pandang Belakang - 5.78 juta
Congkak - 3.8 juta
Santau - 3.48 juta
Jangan Tegur - 3.42 juta
Histeria - 2.76 juta

Siapa yg menyumbang kpd angka di atas ek? tentulah orang melayu yg dahagakan cerita seram..produksi filem pun berebut-rebutlah ambil kesempatanlah mengaut keuntungan..siapa yg rugi? apa faedah yg kita dapat? hanya membuang masa kan? masa yg sepatutnya boleh dimanfaatkan buat perkara yg lebih faedah dah terbuang menonton cerita yg langsung tak ada manfaatnya..yg untung? pengarah filem, penerbit, pelakon dan kroni-kroninya..anda melabur duit, mereka menerima duit..

Ya memang betul alam ghaib tu wujud dan kita wajib mempercayainya kerana ia merupakan salah satu daripada rukun iman..tetapi biarlah ia disandarkan ke jalan yg benar dan hakiki..agama Islam sudah jelas menghalang umatnya menghampiri perkara-perkara syirik dan khurafat..tp hari ni kita tengok orang berpusu-pusu, berlumba-lumba menghampiri dan mengerjakan perkara khurafat..tidakkah anda semua terfikir?

Alasan yg selalu bermain dibibir mereka - mahu menyampaikan mesej kpd penonton dan masyarakat..what the h***..... dgn wujudnya cerita-cerita macam ni lah masyarakat lebih terdedah kpd gejala negatif..baik orang tak tahu jadi tahu..lebih banyak buruk dari baiknya..membuatkan pemikiran masyarakat kita yg dah tersedia sempit menjadi lebih sempit..ke mana perginya filem-filem yg memberi impak positif? yg lebih kpd membangunkan masyarakat?

Mungkin rakan-rakan lain yg seusia sy tak terfikir pun benda ni..masih selesa dan leka mencari keseronokan..tp bg sy, kita lah yg akan mencorakkan kehidupan akan datang..kalau asyik leka berseronok, apa akan jd pada masa akan datang? adakah pd masa itu baru kita nak fikir masa depan yg terbentang di depan mata dan penyelesaiannya?

Fikir-fikirkanlah....

Maaflah kalau post kali ni panjang sikit..tp ni lah yg sy nak luahkan..blog ni lah tempat sy meluahkan segala yg terpendam..semoga dapat dikongsi dan mengambil iktibar serta pengajaran daripadanya bersama...

1 comment:

Anonymous said...

mcm mn nak hubungi dynasty event???
ad pa2 info x??????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails