Monday, August 29, 2011

Diambang Syawal: Malam raya!

Pejam celik, pejam celik...dah raya...hai sekejapnya masa berlalu pergi...tak sedar esok dah Syawal..

Jom kita intai busana raya tahun ni..



 haa....nampak misteri tak? hehe..



 tadaa!! busana raya 2011 ekslusif daripada Kak Yah Boutique tau..terima kasih Kak Yah sponsor baju raya tahun ni..hihi~



Purple menjadi pilihan di hari lebaran tahun ni...



Vogue gittew~


Ok intai dapur pulak...



Adoi...melelleh air liur tegok...my fevret rendang daging perusahaan Kak Yah sedang berenang dalam kuali..siap cepat pelizz....




Ketupat hasil anyaman penganyam femes - ENS...haha



Eh..lemang pun ada? sejak bila ada lemang dalam rumah ni? huhu..


Ok tak sabar nak tunggu pagi besok ni...selamat hari raya lah..dah ucap dah hari tu, tapi tak kire, nak ucap lagi..

:: SALAM AIDILFITRI ::
:: MAAF ZAHIR & BATIN ::

DARIPADA ENS & KELUARGA

Aktiviti pencemaran Ramadhan

Salam readers...

Astaghfirullahala'zim...bulan Ramadhan yg mulia ni tak guna berpuasa kalau mulut tak reti senyap dari mencaci-maki orang lain..tangan pulak tak reti diam menulis dan menaip tohmahan dan fitnah..

Dah di akhir ramadhan ni orang lain bersedih nak tinggalkan ramadhan dan menyambut syawal..tp ada jugak yg tak punya hati dan perasaan..asyik menghambur kata-kata nista, fitnah sana sini, maki hamun dah jadi makanan harian..apa nak jadi? sudah lupa ke kita berada di mana?

Perang yg tak berkesudahan ni dah hilang sensetiviti, mungkin jugak hilang pertimbangan dan kewarasan manusia..terus bertelagah tak kira bila dan di mana...

Yang sini tuduh dan maki yg di sana...yg di sana pulak maki dan caci yg di sini...yg melihat sudah naik jemu dan bosan menonton si tikus dan si kucing bergaduh..mungkin juga meluat melihat permainan mereka..tak kiralah siapa tikus dan siapa kucing..pokoknya mereka sama sahaja..

Tiada erti ramadhan yang mulia ni bagi mereka..kepentingan diri wajib diutamakan daripada kepentingan agama..tiada lagi rasa hormat..Ramadhan penuh berkat ini dicemar dengan rasa bangga memperlihat kpd orang ramai kekuasaan dan kesempurnaan diri..sehingga lidah lancar menutur kata nista, menabur fitnah dan mengadu domba..sehingga seluar dalam segala dibuka..tetapi mereka lupa ada yg lebih berkuasa dan sempurna di atas sana..yg bakal memberi keadilan yg seadil-adilnya kpd mereka..

Syawal yg menjelma tiada makna kerana hati sudah keras dan kotor...ucapan maaf sekadar perhiasan dan pemanis bicara yg bermain di bibir semata-mata..tiada keinsafan yg lahir dari hati..dan drama kotor ini akan berulang kembali...sentiasa diulang tayang dgn skrip dan pelakon yg baru..

Jangan diharap Syawal menjadi lebih bahagia dan ceria..jika hati tak pernah bersyukur kpd si Dia..



Mak bapak bercerai anak terabai...pemimpin bercakar bangsa tergadai...

Diambang Syawal: Bazar basah

Salam readers..

Hari ni buat pertama kali dan terakhir kali nya sy menjejakkan kaki di bazar ramadan tahun ni..hujan hujan pun ramai jugak orang..bukan saja dibasahi air hujan..tetapi dibasahi juga dengan nafsu..huwaaa!!

Yang malas nya bila pergi bazar ni mata mula menerawang..meliar melihat makanan...tak tahu mana nak beli...sebab tu tak nak pergi..haha








Nama murtabak shariff doll ni macam best je...sekali bukak alahai tepung dgn telor semata..daging nya ghaib dipandangan...sedih tul lah...

Malam terakhir tarawih di surau As-Syakirin ni..tahun depan entah dapat tak solat kat sini..huhu

Thursday, August 25, 2011

Impian yang tak kesampaian



Salam readers....

Hari ni jom kita diskusi tentang IMPIAN...khas untuk adik-adik yg akan masuk U september ni..dan untuk yg dah masuk U pun sama...sy pasti setiap orang ada impian masing-masing kan? tak kira la apa pun impian tu..dan semua orang pun nak berjaya kan?

Tapi macam mana kalau kita memasang impian terlalu tinggi dan kita tak mampu untuk menggapai impian tu? pada masa yg sama kita meletakkan harapan yg tinggi untuk mencapainya...sama jugak dgn mak ayah kita yg memberi harapan tinggi pd kita..

Nak kongsi sikit kisah diri sendiri yg terjerumus ke dalam dilema ni...sejak dari sekolah lagi sy dah pasang impian untuk menjadi seorang doktor...nak jd doktor pakar sakit puan..mcm best je..hehe...dan sy berusaha keras untuk mencapai impian tu..



Semangat bukan main lagi...habis SPM tak ada buat apa-apa sementara tunggu panggilan upu atau matrik sambil kerja tu sy menghafal semua part skeleton and muscles...tampal figure besar-besar dalam bilik supaya boleh tengok dan hafal hari-hari..dan sy memang hafal semua tu..ada model anatomi lagi tu dlm bilik..eh stethoscope pun ada jugak...tak cukup dgn tu sy mula baca buku-buku yg berkenaan medicine..physiology, pathology, pharmacology...kalau ada masa pergi hospital belajar..semangat tak?


Impian memang melambung tinggi...tapi langit tak selalunya cerah...tak semua orang bernasib baik...lepas matrik sy apply MBBS...tp sy dapat Dietetics...sy tak nak dietetics! sy nak MBBS!



Tak puas hati...nak buat medicine kat oversea..Egypt..tp sy bukan dari keluarga yg senang..mak ayah tak mampu hantar sy belajar kat oversea..kecewa tak dapat dibayangkan..sy buang semua figure skeleton and muscles tadi tu..kecewa sangat-sangat...impian berkecai mcm tu je..terasa diri ni anak yg paling tak guna..tak boleh diharap..tak dapat tunaikan impian mak ayah...



Tp sy masih tak putus asa..sy berazam nak score 4.0 semester 1 dietetics ni supaya boleh tukar jurusan MBBS...perah otak habis-habisan..dan sy dapat pointer 3.91 sem 1..tak dapat 4.0..tapi masih boleh mintak tukar jurusan...

Tapi apa yg sy buat?

Sy batalkan niat nak tukar jurusan MBBS...kenapa? kerana Allah itu adalah sebaik-baik perancang...yes! kita boleh merancang..tapi perancangan Allah tu lebih hebat dan tepat untuk hamba-Nya..setiap yg berlaku itu ada hikmahnya...

Sy redha dgn ketentuan Nya...jika ditakdirkan sy di sini, inilah tempat sy...

Macam tu jugak dgn yg lain..sy pasti ada yg kecewa bila tak dapat masuk jurusan yg dipilih..tentu kecewa...tp percayalah...Allah maha mengetahui apa yg terbaik untuk hamba Nya..jgn kecewa, kerana disebalik kedukaan ni, ada sesuatu yg kita tak tahu..

Tahniah kpd adik sy Emynor Shafizad bin Semen yg berjaya mendapat tempat dlm jurusan yg diimpikan - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) di UTM...sesungguhnya tak semua orang berjaya dan bernasib baik...gunakan peluang yg diberi dgn baik..

Kepada mak, sy minta maaf tak dapat capai impian sy dan impian mak...tp sy janji akan jd yg terbaik..dan buktikan sy juga boleh berjaya dan buat mak bahagia...

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN MAK
(SITI SABARIAH BINTI TIMAN@DIMAN)


Saya sayang mak...

Eh! Dah sem 5 ke?

Pejam celik, pejam celik, celik pejam pulak, dah nak masuk tahun ketiga..rasa masa kejap je berlalu..macam baru semalam daftar..dah habis dua tahun pun..

Semester 5 ni tentu la menyajikan cabaran dan dugaan yg lebih hebat dan havoc dari sem-sem sebelum ni..ni yg tak sabar nak masuk kelas ni..mungkin ni masa yg paling sesuai untuk turunkan berat badan 5kg..atau mungkin 10kg..

Jom tengok subjek-subjek sem 5..


HFS3162 FARMAKOLOGI
HFS3173 IMUNOLOGI
HFS3183 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN
HFS3203 PRINSIP PENYEDIAAN MAKANAN
HFS3283 BIOSTATISTIK
HFS4313 MEDICAL NUTRITION THERAPY 2
HFS4343 METODOLOGI PENYELIDIKAN


Total kredit 21 jam..sama macam sem 4..tp rasanya sem 4 lebih ringan..walaupun da mcm nak pengsan pun kau boleh cakap ringan lagi??

Semoga terus dikuatkan hati, semangat, iman dan kesihatan untuk terus menempuh cabaran di hadapan..insyaAllah...

Wednesday, August 24, 2011

Diambang Syawal: Batang itu tak buruk

Salam readers...

Maaf lah tajuk di atas mungkin agak kontroversi sikit..hehe..pejam celik, pejam celik lagi cuma tinggal 6 hari lagi nak raya..tentu ramai yg dah buat kuih raya kan? tp rasanya ramai yg beli..hehe..tak kurang jugak yg sedang berjuang di saat-saat akhir menyiapkan kuih raya..




Bila musim raya tiba, berlambak kuih-kuih raya di pasaran..cuba korang tengok kalau shopping kat supermarket atau shopping complex macam-macam jenama kuih raya ada..almond london, mama carries, chocholate tart, adorable chocholate, peanut cluster..tak kelihatan lg nama-nama seperti lipat gunting, samperit, suji, makmur...kalau ada pun mugkin hanya menempel di celah-celah populariti kuih moden..

Sememangnya kuih-kuih moden akan mengambil tempat di hati pembeli tegar..tetapi pernah tak kita memikirkan nasib dan perasaan kuih-kuih old skool atau evergreen seperti tat nenas, bahulu, bangkit dan rakan-rakan seperjuangannya yg lain?




Kalau beraya pulak kuih-kuih veteran yg dulunya menjadi pengasas kepada kuih raya seperti bahulu, batang buruk, kuih siput, tat nenas, suji, kuih bangkit hanya dipandang hina sebelah mata tanpa dihiraukan kehadirannya..mata lebih bernafsu melihat kuih moden yg comel-comel dan gebu..dan sememangnya kuih-kuih seperti ini popularitinya melonjak secara mendadak, walaupun rasanya lebih kurang sama je...ah sadis sekali...




Bagi kuih-kuih yg baru lahir, pemilihan nama amat penting untuk menarik peminat..nama-nama yg diberi sungguh menggiurkan seperti pretty lady, snow capucino, cherry snow, cherry cherry boom boom..dan pada ketika inilah kuih-kuih veteran berasa diri mereka terpinggir kerana mempunyai nama yg kurang glamour..




Kuih batang buruk bila dengar nama je dah cukup menghadirkan igauan ngeri..dah la buruk! tak glamour pulak tu..dan memang terbukti bila melihat rupanya..terdetik di hati, ah memang sesuai lah dgn nama batang buruk tu..siapa la yg bertanggungjawab bagi nama batang buruk ni..namun disebalik nama buruknya, terselit rasa yg cukup indah..setakat ni belum pernah dengar cerita orang yg makan batang buruk ni batangnya menjadi buruk..oppss!!




Biskut almond london pulak walaupun hanya dibuat oleh kak yah atau kak temah atau cik bedah tetap menjadi buruan..tak tahu la mana datangnya nama London kat belakang tu..tak pernah pulak dengar orang balik dari London bawak biskut almond london..malah kalau ditanya orang-orang di London mereka juga tak pernah mengenali biskut ini..apatah lagi menikmatinya..ternyata biskut ni hanyalah propaganda kak yah untuk melariskan biskut rayanya..

Apapun kuih-kuih raya seharusnya dilayan sama rata tanpa berat sebelah atau memilih bulu..tak kira kuih veteran atau kuih moden..sesungguhnya mereka juga kuih biasa yg akan hancur dalam perut tatkala berhadapan dengan hydrochloric acid, amylase dan juga pepsin..ingatlah orang tersayang dihari lebaran ini..

Tuesday, August 23, 2011

1 new kad raya reveived


Salam kebahagiaan...

Baru beberapa hari lepas post tentang kad raya..hari ni dah dapat kad raya..yeay!! weee~ weee~

Ahh..gembiranya bukan kepalang lagi...mcm jakun lah pulak dapat kad raya..haha..biar laa~ rasanya dah sekian lama tak dapat kad raya..tup tup "1 new kad raya received from ....." hehe




Dari siapa??

Hehe..ada lah peminat setia yg bagi..

Mungkin salah seorang pembaca Nasib sekeping kad raya tu..



Santek tak kad raya nya? santek kan...mcm exclusive da vogue gitu...terima kasih kpd yg sudi memberi...shob shob shob~ terharu lah pulak...



Ada tak sesiapa lg yg nak bg saya kad raya? hehe...

Kad Raya 2011 daripada GigamGraphics





Baru-baru ni GigamGraphics telah melancarkan kad raya pertama bagi koleksi lebaran tahun 2011..grafik dicipta sepenuhnya oleh ENS (bukan Eat Non-Stop ye) tp Emmy Nur Shafekh..ngahaha~

Sesuai untuk digayakan bersama baju raya dan kuih raya sambil berjalan di jalan raya menuju ke balai raya sebelah Puduraya kat bandaraya bersama saudara mara di hari raya yg mulia nanti...

:: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ::

MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARIPADA ENS, ISTERI DAN ANAK-ANAK

Friday, August 19, 2011

Nasib sekeping kad raya

Assalamualaikum readers..

Hehe..tadi kemas-kemas bilik tetiba terjumpa collection kad-kad raya zaman tok kadok punya..kebanyakan kad raya daripada peminat-peminat, dan segelintir je dari kawan-kawan..hehe..belek-belek balik kad tu dah tu ketawa sorang-sorang..haha..tak betul dah....


Dulu-dulu nak raya je sibuk la nak beli kad raya..yg paling suka yg ada kartun-kartun kat depan tu 20 sen je..dah tu mula la mengarang untuk ucap selamat hari raya, maaf zahir batin..ayat yg common lah tak boleh  missed bila tulis kad raya..tulis dengan pen warna-warni untuk membangkitkan kemeriahan hari raya tu..hehe

Lepas tu nak bagi depan-depan malu pulak, sorok-sorok letak kat bawah meja sekolah (kalau bg kat budak perempuan)..tak pun selit dalam buku lepas tu masuk dalam beg dia..tp ada sorang budak perempuan ni semangatnya alahai siap pos kad raya kat rumah aku..padahal rumah kat sebelah je...pelik betul..kih kih kih

Dulu-dulu kalau tulis kad raya mula-mula mesti tanya puasa tak? baju raya dah beli belum? baju raya warna apa? dah buat kuih raya? haha..kenapa ek? agaknya budak-budak lagi tak ada idea nak tulis apa kot..hehe

Dah tu last last kat bawah tu mesti ada pantun;

Pecah kaca pecah gelas,
dah baca harap balas

tak pun;

Pecah kaca pecah tong,
Dah baca harap gantung.

Haha..sekarang ni dengan perkembangan teknologi semakin canggih, kad raya semakin dipandang hina sebelah mata..kad raya digantikan dgn sms/mms..lagi mudah kalau copy-paste atau forward kan je mesej tu..tak paya penat-penat nak menulis..kalau nak pos dah kena berapa sen..kos nak beli kad raya lagi..sms je baru kena 20 sen dah boleh hantar ucapan ke 20 orang tersayang..erk?? ramainya tersayang? termasuk family lah...

Nak lagi senang dan cost-free ialah dgn cara mengupload gambar kad raya kat pesbuk lepas tu tag la kawan ramai-ramai...ni la budak-budak zaman sekarang..adakah sms/mms pun akan menerima nasib yg sama mcm kad raya? sadis~


Tapi aku rasa kita akan lebih menghargai kad raya..sebab kad raya ni wujud secara fizikal..sms/mms tu boleh delete, takkan la korang nak simpan sampai 10 tahun? bila inbox dah penuh sure lah korang delete punya kan? sama jugak dgn gambar kat pesbuk, sampai masa gambar tu akan diremove tag..atau si pengupload gambar tu delete gambar tu..hilang daahh...tapi kad raya ni kekal dan kita boleh simpan sampai anak cucu cicit ciut miut..tengok je lah kad raya aku ni, dah 10 tahun masih wujud lagi untuk tatapan anak bangsa..

Boleh tunjuk kad anak-anak, "ni kad raya papa dapat dari mama kau masa kami mula-mula kenal 20 tahun dulu.." (sambil tunjuk koleksi 20 kad raya, sebab tiap-tipa tahun dapat)..takkan korang nak tunjuk sms/mms kat anak-anak korang.."ni sms raya papa dpt dr mama kau masa kami mula-mula kenal 20 tahun dulu.." ada ke nak simpan sms sampai 20 tahun? paling-paling pun 20 hari jek...kan? hehe 


Dunia dah maju..zaman berubah...akan datang tak tahu lah ucap guna apa pulak?


p/s: sorry ler..post kali ni banyak nombor 20..tak tahu la kenapa.. ;p

Thursday, August 18, 2011

New doodle: Coming soon


Doodle baru...atau juga dikenali sbg dodol (sempena musim raya ni..hehe)..dodol ni diilhamkan dalam mimpi..

Serius weh, sekarang ni tidur asyik mimpi doodle dgn photoshop je..dalam mimpi pun boleh berkarya..apakah?? dan ni salah satu idea yg muncul dalam mimpi tu...ada banyak lg sebenarnya...

Tak boleh publish lagi..belum siap lagi ni..nantikan kemunculannya~ haha..


p/s: aahh..akhirnya, setelah 7 bulan berada di ranking #1 carta top posts, akhirnya hari ni Pelamin Anganku Musnah jatuh ke ranking #2..Hadis 15 Ramadhan 2012 palsu dah mengambil alih ranking #1 carta top posts hanya dalam masa 10 hari !

Tuesday, August 16, 2011

Header cik puteri siap!

Haluu....ok post baru lg..dan tentang header lg..dan doodle juga lg..

Tempahan aka order header ramadhan daripada cik puteri dah siap..sila tuntut sekarang juga sebelum dilupuskan..huahuahua...



Macam biasa ayam golek lah pengerasnya..campur hutang yg lepas doodle tu tak bayar lg, total semua sekali 6 buah ayam golek oke! haha..bayar secara ansuran pun tak pe..hehe ;p

Terima kasih kerana memilih perkhidmatan kami..

Sunday, August 14, 2011

Belog saya new look lah!

Salam readers...

Wehee~ nampak lain tak? cuba teka apa yg lain? waahh..mestilah da nampak terpampang kat atas tu header baru oke! edisi khas ramadhan..walaupun ramadhan dah separuh, tp tak kesah lah..nak pasang jugak header tu!



Terima kasih kat cik mata yg tahan menyengkang selama 3 jam siapkan header tu..100% ori oke! handmade takde copy paste dari google yg macam selalu korang buat tu (sy jugak)..hehe..santek tak? kalau tak santek pun kena cakap santek jugak! ngeheheh~

Nikmatilah pandangan yg mendamaikan ini..

Lepas ni nak design header edisi raya pulak! siapa nak order angkat tangn tinggi-tinggi sampai sy nampak..wee~

Saturday, August 13, 2011

Hari ni tinggal 2 saff

Assalam readers...

Apa khabar anak-anak? macam mana puasa hari ni? alhamdulillah..dah 13 hari puasa..cuba tengok bulan kat langit..penuh bercahaya sangat cantik , menawan dan menarik...tandanya kita dah berada di pertengahan bulan Ramadhan..

Seperti yg dijangka semakin kita menuju ke akhir Ramadhan, saff di masjid dan surau semakin pendek..masa awal-awal puasa hari tu kemain penuh lagi sampai ada yg solat kat luar..hari ni tinggal 2 saff je? akhir ramadhan nanti tinggal berapa agak-agak?

Tak nak cerita lebih lah..mungkin diorang ada urusan masing-masing..esok nak kerja, nak sekolah..tp kalau buat paling tak pun buat 8 rakaat pun jadi lah..setahun cuma sebulan ni je..

Hmm..apa pun terpulanglah pd diri masing-masing..mungkin diorang buat tarawih kat rumah..siapa tahu kan? tak baik buruk sangka..

Semoga diri ini terus dikuatkan iman untuk meneruskan ibadah..


p/s: dalam masa sehari post Hadis 15 Ramadhan 2012 palsu melonjak naik ke ranking kedua top post dari ranking ke-5 semalam..ramai yg baca nampaknya..

Doodle untuk cik puteri

Assalamualaikum..hari ni post tentang doodle lg..xde benda lain ke kau nk post? emm...ada..tp nanti ye..hehe..sekarang ni tengah mood doodle..

Ingat tak semalam cik puteri ada mintak tolong kaler kan doodle dia? haa..dah siap dah..nak tengok tak? nak tengok tak? simple je..ok sila scroll tikus ekor panjang tu ke bawah untuk gambaran yg lebih jelas..


doodle yg pertama ni si makcik gemok pakai baju kurung pink2..haha..comel lah..polka dot lg tu..muka nampak tembam sikit..tp still cute lah..mcm zulaikha..
yg second ni doodle budak sekolah..yg ni complicated sikit nak buat sebab baju kurung tu kaler putih..kalau background putih tak nampak la baju tu..so kena letak shadow2 sikit..tu yg malas nak letak shadow..hehe..sory ye cik puteri..



yg ketiga & keempat ni pun susah jugak nak buat..yelah orang baru belajar kan..tp jadi lah jugak..

cik puteri..sila amek doodle2 anda ni haa..jangan lupa pengeras nya ayam golek 4 ekor untuk 4 doodle oke!

New doodle release: raya edition!


Ok post tentang doodle lg..tengah kemaruk mendoodle ni..kali ni raya edition pulak..hmm..xde lah secantek mana..tp boleh la..puas hati jugak utk permulaan berjinak-jinak ni..hehe

Eh..dah ada org siap order doodle lg tu..sory la...sy x amek order lg..hehe..tp cik puteri kita ni siap hantar 4 doodle mintak kaler kan..ok lah kaler je kn..x susah pun..

Nanti dah siap sy upload oke!

Friday, August 12, 2011

My very first doodle..


Huuuuhh~ dah 3 jam berhempas pulas siapkan my very first ever doodle ni, akhirnya siap jugak...emm..macam muka sapa ek? muka sy ke? mcm tak..tp mcm ye...ah who cares...yg penting santek!!

Doodle ni 90% hand made ok..hasil kerja tangan ni ha..tak main la copy paste ni..hehe..penat tau nak siapkan..mata merenung skrin lappy bagai nak tembus..tp sgt puas hati dgn my first ever doodle..hehe..doodle ni sama dgn katun tak? ke doodle tu mmg katun? or katun tu sebenarnya doodle? hmm~

p/s: halamak! lupa nak letak nombor jersi lak..aduih~

Wednesday, August 10, 2011

20 tokoh berpengaruh dunia


Michael H. Hart, seorang ahli sejarah, pakar matematik dan pakar astronomi..beliau membuat kajian tentang 100 orang tokoh paling berpengaruh dalam sejarah..

Top 20 tokoh berpengaruh dalam sejarah dunia:
  1. Nabi Muhammad
  2. Isaac newton
  3. Nabi Isa (Jesus Christ)
  4. Buddha
  5. Confucious
  6. St. Paul
  7. Ts'ai Lun
  8. Johann Gutenberg
  9. Christopher Columbus
  10. Albert Einstein
  11. Karl Max
  12. Louis Pasteur
  13. Galileo Galilei
  14. Aristotle
  15. Lenin
  16. Nabi Musa (Moses)
  17. Charles Darwin
  18. Shih Huang Ti
  19. Augustus Caeser
  20. Mao Tse-Tung

Kenapa Nabi Muhammad SAW dipilih sbg tokoh paling berpengaruh?

"Pemilihan Nabi Muhammad sbg tokoh paling berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoalkan oleh yg lain. Saya memilihnya sebab hanya beliau sahaja dalam sejarah yg berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan. Daripada asal usul yg agak biasa, beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama terhebat di dunia dan menjadi pemimpin politik yg unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya masih hebat dan terus berkembang." - Michael H. Hart

Nama penuh Nabi Muhammad SAW ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murra bin Kaab bin Luay bin Ghaleb bin Fihr bin Malik bin Nadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrika bin Ilyas bin Mudor bin Nizar bin Maad bin Adnan bin Ismail bin Ibrahim..

Sumber: Bukti-Bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad

just for sharing.. =)

Monday, August 8, 2011

Hadis 15 Ramadhan 2012 palsu


Pernah tak korang terbaca artikel mcm ni kat internet atau kat mana saja?

Cuba tengok kalendar 2012..1 ramadhan tahun 2012 jatuh pd 20 Julai (Jumaat), jd 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadhan (Jumaat)..sama dgn satu hadis nabi SAW tentang huru hara besar yg akan terjadi pd tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yg akan mengejutkan semua orang yg sedang tidur.. satu suara yg amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan 2/3 umat manusia di bumi ini, yg tinggal hanya 1/3 saahaja.

Menurut kajian NASA, pd 21/12/2012 satu planet yg dikenali sebagai Planet X akan melintasi bumi. Adakah kita akan tergolong dalam 1/3 itu?

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal.." Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah S.W.T dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa."


Apa pendapat korang lepas baca hadis ni? takut? terkejut? atau buat tak kisah je?

Hadis ni boleh buat sesiapa saja yg membacanya rasa gentar dan takut..yelah, bila tengok kalendar 2012, betul la 15 Ramadhan hari Jumaat..tambah pulak dgn propaganda kiamat 21/12/2012..alamak! macam mana ni?? sempat tak nak kawen?

Eh! kejap....betul ke hadis ni? sahih ke?

Ok setelah research dijalankan dgn tekunnya, rupa-rupanya hadis ini adalah PALSU ! jgn tertipu dgn kehadiran hadis lemah/palsu ni..

Kenapa?

Hadis ini dikeluarkan oleh Nu'ain bin Hammad di dalam kitab al-Fitan daripada Ibn Mas'ud R.A. Di dalam sanadnya ada Ibn Lahi'ah, dan dia juga seorang yg lemah/daif. Di dalam sanadnya juga ada 'Abd al-Wahhab bin Husain, dan dia seorang majhul (tidak dikenali) seperti yg dinyatakan oleh al-Hakim dan Ibn Hajar. Ada juga di dalam sanadnya rawi bernama Muhammad bin Thabit al-Banani, beliau tergolong dalam individu yg ditajrihkan dan dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn 'Adiy. Di dalamnya juga ada al-Harith al-A'war al-Hamdaniy, dia termasuk pendusta hadith seperti yg dijelaskan oleh al-Syaibiy, Abu Hatim dan Ibn al-Madiniy. Abu Zur'ah pula berkata: "Tidak dijadikan hujjah dengan hadithnya."

sumber: Islamonline.net

Ramai ahli ilmu yg menyatakan hadith yg diriwayatkan oleh Nu'aim bin Hammad dalam Musonnifnya tentang kisah akhir zaman adalah munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dlm kitab Siar A'lam Nubala'; "Tidak boleh seseorang pun berhujjah dgn hadith Nu'aim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dgn mendatangkan keajaiban-keajaiban dan banyak yg dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yg dikenali kerana berpegang dgn kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari orang-orang yg tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut al-Hakim dalam Lisanul Mizan dalah orang yg tidak diketahui (majhul).

sumber: jawapan daripada JAKIM dan BudakIslam.com


Jadi terjawab sudah hadith tu palsu dan tak boleh digunakan untuk berhujjah..jadi kepada sesiapa yg percaya hadith ni, bertaubatlah segera..


Tapi macam mana pulak dgn Planet X tu?

Planet X atau Planet Niburu yg dikatakan akan melanggar (ada yg kata melintasi orbit) bumi pd 2012 juga merupakan satu pembohongan dan takkan berlaku..ini cuma kisah dongeng kaum Sumeria pd zaman dahulu dan tidak lebih daripada pengakhiran kitaran kalendar kaum Maya dahulu kala..asalnya planet ni dijangka akan melanggar bumi pd tahun 2003, tapi ia tak berlaku dan tarikhnya ditukar kepada Disember 2012..


Planet X tu wujud ke?

Sebenarnya Planet X/Nibiru ni tak wujud pun! kalau ia benar wujud, para saintis dan ahli astronomi tentu sudah dapat mengesan kehadirannya sekurang-kurangnya sedekad lalu dan jika dikatakan planet ini akan melanggar bumi pd 2012, sepatutnya sekarang ni planet tu dah dapat dilihat di langit dgn mata kasar..tp hakikatnya semua itu tak berlaku..


Teori lain kiamat 2012?

Ada teori lain yg mengatakan kiamat berlaku pd 2012, iaitu berlakunya jajaran galaksi (planetary alignments) di mana bumi, matahari dan planet-planet lain berada pd garisan lurus Galactic Plane yg sejajar dgn titik pusat galaksi..fenomena ini berlaku setiap 5,125 tahun dan tidak akan berlaku pd 2012..

Sumber: www.nasa.gov

Tapi, walau sehebat mana pun sains kita meramal, jika Allah berkata jadi, maka jadilah..tiada siapa yg dapat melawan ketentuan daripada-Nya..

Allah berfirman dalam Surah al-A'raf ayat 187 yg bermaksud:

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai hari kiamat, 'Bilakah masa datangnya?' Katakan, 'Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanya ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia."

Sunday, August 7, 2011

Tiada tajuk

Tadi rasa-rasa nk buat post..tapi tiba-tiba hilang mood dah..

esok-esok je lah..

mata pun dah ngantuk..

:: selamat malam ::

Saturday, August 6, 2011

Pencarian lelaki comel



Assalamualaikum...

Apa khabar anak-anak, ibu-ibu, gadis-gadis di luar sana? macam mana puasa hari ni? harap semuanya ok ye!

Hari ni sy nak adakan contest mencari lelaki comel..ermm...mungkin tak keterlaluan kalau panggil comel tu..hehe..post ni utk para gadis, anak dara, ibu tunggal dan yg sebaris dengannya yg sedang mencari-cari lelaki pilihan hati utk dijadikan teman hidup atau menantu pilihan hati..kalau nak buat bapak tiri boleh tak ek? emm..boleh kot kalau sesuai...

Tentu saja anak gadis dan mak gadis (juga) inginkan seseorang yg baik, comel, romantik, sweet dan charming macam hero dlm filem utk jd suami kan..

Tapi sering kali kita menilai sifat-sifat comel, manja, baik, romantik ni secara lahiriah je (dgn melihat perlakuan atau sifat fizikal)..tetapi kita jarang menilai secara batin atau daripada sudut dalaman nya..haa...kat sini sy nak kongsi tips..jom tengok, baca dan hayati...

  • Lelaki yg BAIK - lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNya
  • Lelaki yg COMEL - lelaki yg berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid dan surau (mungkin boleh tambah berkain pelikat)
  • Lelaki yg SWEET - lelaki yg selalu bercakap dengan nada yg rendah dan lembut
  • Lelaki yg ROMANTIK - lelaki yg mnghadiahkan rantaian doa setiap hari
  • Lelaki yg CHARMING - lelaki yg mengingatkan si dia tentang Allah dan ibadat

Comel kan? sepatutnya lelaki mcm ni lah yg menjadi kegilaan dan idaman setiap wanita yg wujud di muka bumi ni..kan? ni lah hero sebenar yg kita cari...

Apa tunggu lagi? mulakan pencarian lelaki comel sekarang! ganjarannya akan dikurniakan oleh Allah..istimewa kan?

Nampaknya sy harus improve kan lg diri sendiri supaya nampak lebih comel, baik, manja, sweet, romantik dan charming utk jd hero kpd isteri-isteri dan anak-anak sy...ouhh....


p/s - comel tak gambar jejaka kat atas tu? =.=''

Friday, August 5, 2011

Terkenang saat itu - H1P6

Assalamualaikum readers...

Apa khabar semua? eh eh...tiba-tiba lak..emm..malam ni tiba-tiba rasa rindu dgn classmate Hayat 6 kat KMJ dulu..ni semua abg AJ punya pasal lah...membangkitkan nostalgia lama....

Abg AJ, abg kena bertanggungjawab atas semua ni..!!

Bila rasa macam ni tak ada apa yg dapat dibuat selain menatap dan membelek kembali gambar-gambar lama ketika bersama...waahh~

Jom layan gambar ni....




Gambar first kat atas ni masa mula-mula masuk matrix..freshie lg time ni..tgk tu muka semua comel-comel lg..hihi..baru nak kenal-kenal kot masa ni...


haa...yg ni masa kursus buat roti kat kolej komuniti ledang..

Dah tiba bulan Ramadhan, buka puasa ramai-ramai..

buka puasa sama-sama kat kafe C kot..kafe perempuan..hehe


kanak-kanak separa matang


gambar raya!!




Gambar kat bawah ni pulak masa fashion show..team kitorang The CasanovaStar dgn tema Mysterious..sgt misteri...masa ni la peristiwa sy hampir-hampir tergelincir atas pentas tu..licin kot! kalau jatuh habis la maluu...tak misteri lagi dah....prektis seminggu nak buat fashion show ni...


syahir bajet macho lah tu..ni lepas buat show..


emy + suh lin


emy + izza (dut)..


wow..hot gila abg AJ..hihi


apa motif gambar ni..?



test test test...


sendiri pun tak paham apa diorang buat ni...


Choki Master

Gambar kat atas ni ialah seorang tokoh yg digelar Choki Master..merupakan supplier choki choki terbesar dan juga orang yg bertanggungjawab melancarkan gerakan revolusi choki choki pd waktu itu..haha


English drama .. abg AJ jd pokok..hahaha


berangan jek...



erm...apa caption yg sesuia utk gambar ni ek?


team bionic run hayat 6..dapat nombor berapa ek masa ni? tak ingat lah..#5 kot..


Lepas tu da hujung-hujung sem 2..dah nak final exam..dah nak tamat matrix..dah nak berpisah..kita buat BBQ..siang-siang lg dah cop tempat bbq tu sebab ramai sgt nak guna tempat tu..kena berebut..yelah da akhir sem ni ramai lah kan nak buat bbq..hehe


kipas-kipas arangtak nyala pun...


hangus la ayam tu ustaz syahir masak..


Abg AJ buat apa tu..?


alololo~ kau dah kenapa ni dek amar?


chef da mission tengah mengipas ayam tu..

Tibalah hari terakhir kuliah...


Hari terakhir kuliah...dalam dewan kuliah besar 2..

Walaupun hanya setahun bersama..banyak kenangan dan memori kita ukir bersama..pahit, manis, masam, masin, kelat semua ada...rindu lah korang semua..and miss that moment..

Kalaulah diberi peluang putar balik masa, nak je sy kenang setiap detik dan saat berada di sana..bersama mu teman-teman...harap masih ada peluang di masa akan datang untuk kita bertemu kembali...

InsyaAllah...


sirhan..amar..abg aj..syahir..affiq..aishah..izati..zarina..suh lin..atiqa..amira..fazlin..rosnani..anisa..syamsina..idzwani..mariam..fahana..rosidah..absah..hazwani..azlin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails