Tuesday, August 2, 2011

Segmen baru: Ilmuwan Islam

Assalamualaikum readers...

Seperti yang dijanjikan, sy nak bawa konsep baru dalam penulisan blog ni..jadi sy perkenalkan segment baru dalam blog ni..Ilmuwan Islam..meh sama-sama kita kongsi sedikit sebanyak tentang ilmuwan Islam..

Ramai sebenarnya ilmuwan Islam yang dah banyak beri sumbangan dalam pembangunan bidang sains, teknologi, politik, sosial, falsafah, musik, perubatan dan banyak lagi..cuma kita kadang-kadang terlalu menuruti jalan yg dibentang depan mata..maksudnya dalam pendidikan formal yg kita terima dalam kelas, tak ada disebut nama-nama ilmuwan Islam ni..yg selalu disebut-sebut dan dibangga-banggakan adalah ilmuwan Barat..betul tak?

Sebenarnya ramai ilmuwan Islam yang melopori dan menjadi perintis kepada bidang-bidang ilmu yang wujud hari ini beratus-ratus tahun sebelum saintis barat jumpa..

Contohnya:

Al-Bairuni membuktikan 600 tahun lebih awal sebelum Galileo bahawa bumi berputar, dan juga telah mengira diameternya 700 tahun sebelum Isaac Newton melakukannya..

Al-Maghribi mengasaskan persamaan yang dikenali sebagai segitiga Pascal, 600 tahun sebelum ditemui oleh Pascal sendiri..

Thabit ibn Qurra menemui kalkulus pembezaan (differentiation) berkurun-kurun sebelum Newton..

Tapi siapa yg dapat nama? tanya diri kita sendiri siapa yg lebih kita kenali atau familiar? jd sy fikir ada eloknya kalau kita alihkan sedikit landasan kita dan pemikiran kita supaya lebih terbuka..jangan hanya menerima bulat-bulat apa yg disuap...sedikit sebanyak, sekurang-kurangnya kita tahu nama ilmuwan-ilmuwan Islam ni...

InsyaAllah sy akan kongsikan beberapa orang ilmuwan Islam dr semasa ke semasa..

Luang kan sedikit masa bagi yg sudi membaca..tak sudi tak pe..sy cuma nak berkongsi dgn sesiapa yg ada keinginan utk tahu.. ;)

Kalau ada sesiapa nak kongsi jugak, atau nak bg pendapat boleh tinggalkan komen..atau kat ruangan Shout! kat tepi tu ok..

Selamat membaca !

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails