Friday, August 19, 2011

Nasib sekeping kad raya

Assalamualaikum readers..

Hehe..tadi kemas-kemas bilik tetiba terjumpa collection kad-kad raya zaman tok kadok punya..kebanyakan kad raya daripada peminat-peminat, dan segelintir je dari kawan-kawan..hehe..belek-belek balik kad tu dah tu ketawa sorang-sorang..haha..tak betul dah....


Dulu-dulu nak raya je sibuk la nak beli kad raya..yg paling suka yg ada kartun-kartun kat depan tu 20 sen je..dah tu mula la mengarang untuk ucap selamat hari raya, maaf zahir batin..ayat yg common lah tak boleh  missed bila tulis kad raya..tulis dengan pen warna-warni untuk membangkitkan kemeriahan hari raya tu..hehe

Lepas tu nak bagi depan-depan malu pulak, sorok-sorok letak kat bawah meja sekolah (kalau bg kat budak perempuan)..tak pun selit dalam buku lepas tu masuk dalam beg dia..tp ada sorang budak perempuan ni semangatnya alahai siap pos kad raya kat rumah aku..padahal rumah kat sebelah je...pelik betul..kih kih kih

Dulu-dulu kalau tulis kad raya mula-mula mesti tanya puasa tak? baju raya dah beli belum? baju raya warna apa? dah buat kuih raya? haha..kenapa ek? agaknya budak-budak lagi tak ada idea nak tulis apa kot..hehe

Dah tu last last kat bawah tu mesti ada pantun;

Pecah kaca pecah gelas,
dah baca harap balas

tak pun;

Pecah kaca pecah tong,
Dah baca harap gantung.

Haha..sekarang ni dengan perkembangan teknologi semakin canggih, kad raya semakin dipandang hina sebelah mata..kad raya digantikan dgn sms/mms..lagi mudah kalau copy-paste atau forward kan je mesej tu..tak paya penat-penat nak menulis..kalau nak pos dah kena berapa sen..kos nak beli kad raya lagi..sms je baru kena 20 sen dah boleh hantar ucapan ke 20 orang tersayang..erk?? ramainya tersayang? termasuk family lah...

Nak lagi senang dan cost-free ialah dgn cara mengupload gambar kad raya kat pesbuk lepas tu tag la kawan ramai-ramai...ni la budak-budak zaman sekarang..adakah sms/mms pun akan menerima nasib yg sama mcm kad raya? sadis~


Tapi aku rasa kita akan lebih menghargai kad raya..sebab kad raya ni wujud secara fizikal..sms/mms tu boleh delete, takkan la korang nak simpan sampai 10 tahun? bila inbox dah penuh sure lah korang delete punya kan? sama jugak dgn gambar kat pesbuk, sampai masa gambar tu akan diremove tag..atau si pengupload gambar tu delete gambar tu..hilang daahh...tapi kad raya ni kekal dan kita boleh simpan sampai anak cucu cicit ciut miut..tengok je lah kad raya aku ni, dah 10 tahun masih wujud lagi untuk tatapan anak bangsa..

Boleh tunjuk kad anak-anak, "ni kad raya papa dapat dari mama kau masa kami mula-mula kenal 20 tahun dulu.." (sambil tunjuk koleksi 20 kad raya, sebab tiap-tipa tahun dapat)..takkan korang nak tunjuk sms/mms kat anak-anak korang.."ni sms raya papa dpt dr mama kau masa kami mula-mula kenal 20 tahun dulu.." ada ke nak simpan sms sampai 20 tahun? paling-paling pun 20 hari jek...kan? hehe 


Dunia dah maju..zaman berubah...akan datang tak tahu lah ucap guna apa pulak?


p/s: sorry ler..post kali ni banyak nombor 20..tak tahu la kenapa.. ;p

2 comments:

zUlaikha rAzak said...

HAHAHA

sangat betol yg part awak pakai baju kaler ape tahun nih..kite pink awak buat bape kueh raye bape jns.HAHA..lagi satu kan..aku dulu lagi rase nak lempang2 diri sbb kalau rep kad raye dak laki kasi..msti kat bawah cakap.


p/s:raye nanti jemputlah dtg umah kalau berani nak makan parang bapak aku.haha..sgt childish=')

rinduu gile zaman kad raye..sume pun berebut nak kumpul sape dpt lagi byk!:DD

aishah rahman said...

nak kad raye.. hehehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails