Tuesday, August 2, 2011

Di mana definisi sebenar kejayaan mahasiswa?


Salam readers...

Post ketiga utk hari ni..oleh kerana tiada apa nak buat, idea pulak tengah mencurah-curah..1 hari boleh buat 3 post..sy sudah, bagaimana pula anda Zulaikha?

Ok ketepikan semua tu dulu..fokus kpd tajuk ataupun title ataupun perkara post kali ni - Di mana definisi sebenar kejayaan mahasiswa? jika soalan ini sy tanyakan kpd anda, apa jawapan anda? apa yg menjadi pengukur sebenar kejayaan seseorang mahasiswa/pelajar?

Sy yakin ramai yg akan menjawab straight A, pointer CGPA tinggi dalam exam >3.50, >3.75 atau 4.00!..betul? ya! tahniah! jawapan anda memang betul dan tepat..tp itu ke definisi sebenar 'berjaya'??

Adakah pelajar yg dapat 4.00 dlm exam tetapi tidak pernah bersuara itu dikira berjaya?? Adakah pelajar yg dapat straight A tetapi pasif itu dikira berjaya?? palajar yg mendapat pointer tinggi kerana beliau favourite student pensyarah itu layak diberi title berjaya?? jadi apa sebenarnya yg menjadi penentu seseorang pelajar itu berjaya?

Pada sy, berjaya itu adalah sesuatu yg sukar digapai..bukan hanya cemerlang akademik semata-mata boleh dikira berjaya..perlu adanya kriteria lain utk menyokong kecemerlangan itu..apa dia?

- kecemerlangan akademik
- kecemerlangan sahsiah dan keperibadian
- mampu berkomunikasi secara efektif
- mempunyai kepimpinan hebat
- ikhtiar survival hidup
- keazaman kuat/self-determination
- mempunyai wawasan hidup
- kekuatan rohani

Jika graduan A yg memperoleh CGPA 3.00 tetapi mempunyai kesemua ramuan dan pakej lengkap di atas, dia lebih berjaya daripada graduan B yg memperoleh 4.00 semata-mata..kenapa? kerana pasaran kerjaya pd hari ini menuntut calon-calon pekerja yg mahir dalam segala aspek, atau multi-talented..seperti kata-kata ini:

"Jadilah kamu biji benih yang berkualiti dan bermutu, dijemur panas selama 100 tahun, digetus dan digetas ke kiri-kanan, apabila terkena siraman air jadilah oasis yang menyuburi gurun yang kontang"

Dicampak ke mana saja, dia mampu hidup dan survive..berbanding graduan B td yg hanya mempunyai segulung ijazah cemerlang tetapi tak boleh buat kerja!

Pasaran kerja memerlukan graduan yg multi-talented, tetapi mentaliti kita masih mengatakan pelajar yg dapat 4.00 itulah yg berjaya! kenapa? kerana sudah memang sistem pendidikan negara kita yg berorientasikan peperiksaan! cemerlang peperiksaan bermakna cemerlanglah segalanya..

Sy fikir sudah tiba masanya kita tidak lagi bergantung kpd sistem berorientasikan peperiksaan..sistem pendidikan harus selari dgn kehendak dan keperluan kerjaya..macam mana kita nak lahirkan pakar-pakar jika mereka yg benar-benar layak dan mempunyai pakej diketepikan kerana pointer tak mencapai kehendak sedangkan mereka yg cemerlang akademik tetapi hakikatnya lembik diberi tempat di universiti dan kursus pilihan??

Jika kita mempunyai sebatang jarum, adakah kita akan memberikan jarum itu kepada seorang yg mampu menjelaskan panjang lebar kegunaan jarum itu atau kepada seorang yg mampu menukar jarum itu kepada sepasang pakaian yg cantik?

Kekuatan teori semata tanpa sebarang usaha, aplikasi dan keazaman pun tak ada guna lah..

Sy harap 'pihak yg berkenaan' dapat memberi peluang dan ruang serta hak kepada mereka yg benar-benar layak, dan bukannya memberi hak tersebut kepada yg hanya cantik luaran saja tetapi lembik..kita mahu yg hebat luar dan dalam!!

Sy dah utarakan pendapat sy tentang definisi 'berjaya'..apa pulak definisi anda?

1 comment:

Anonymous said...

ye! rmai yg masih bermentaliti spt itu..sy juge..tp, slowly nk ubh da..to be the better.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails