Wednesday, May 26, 2010
Bagaikan Hijab Sang Pencinta Sufi
Salam semua....(macam ramai je yg baca blog ni..)
Aku baru je habis membaca novel Cinta Sufi (tiba-tiba aku berubah menjadi ulat buku di kala cuti ni)...jadi post kali ni nk cerita sedikit atau review tentang novel Cinta Sufi hasil tulisan novelis thriller terkenal di Malaysia, Ramlee Awang Murshid...
Novel Cinta Sufi merupakan sebuah ceritera epik thriller dan juga merupakan kesinambungan kepada novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta...dan Cinta Sufi merupakan pelengkap kepada trilogi Bagaikan Puteri tersebut...dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yg nyata dan mistik..disemarakkan lagi dgn rasa cinta dan pengorbanan...
Tunjang utama dalam novel trilogi ini adalah watak Saifudin atau dikenali sbg Laksamana Sunan - seorang pahlawan handal yg alim dan sentiasa menyandarkan kehidupannya kepada jalan Allah dan berjuang menentang musuh-musuh Allah dan Islam sama ada yg berbentuk secara nyata atau pun yg terhijab dari pandangan manusia..
Sunan merupakan anak asuhan Wali Sufi di Aceh..melarikan diri daripada kampung halamannya di Tanah Ujong ke Aceh setelah difitnah oleh penduduk kampung halamannya dan bapanya sendiri tidak mempercayainya...menjadi anak asuhan Wali Sufi di Aceh telah menjadikan Sunan seorang pendekar yg hebat dan handal..namanya terkenal di langit dan digeruni di bumi..
frasa menarik kerap kali diulang dalam novel ini ialah:
"Lebih baik tersalah ampun daripada tersalah hukum"
mempunyai maksud yg sangat mendalam..sesungguhnya memberi keampunan kepada sesiapa itu adalah lebih baik daripada menghukum tanpa usul periksa yg boleh mencetuskan dendam dan menghuru-harakan keadaan...
"Sebagai manusia....aku sayang padamu"
sayang tak bermakna cinta...sayang merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. yg mengasihi dan menyayangi umatnya tidak kira lelaki mahupun perempuan..
"Mahukah kau mendengar tawaranku?"
berperang sbg jalan terakhir setelah tawaran perdamaian ditolak..sebaik-baiknya jalan perdamaian harus dibuka terlebih dahulu sebelum tindakan memerangi mereka yg ingkar..sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..
"Mati itu pasti..hidup, InsyaAllah.."
sesungguhnya mati itu telah dijanjikan Allah kepada setiap makhluk yg bernyawa...dan Dia berkuasa melakukan apa yg dikehendaki-Nya..sama ada menghidupkan atau mematikan...
Sinopsis:
PILU hati saat dikhabarkan suaminya, Aryas Do Lopo gugur di medan perang menentang Turki, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’ yg dikhabarkan Maryam dalam 'dunia sebelah sana'.
Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.
Komen peribadi mengenai Cinta Sufi:
Jalan penceritaan yg menarik seperti novel-novel sebelumnya, tetapi terasa agak janggal apabila watak Haryani dan Dani 'dimatikan'...sedangkan 2 watak ini menjadi tunjang menguatkan cerita dalam novel sebelumnya..tetapi kemunculan watak Catalina yg mencari iman dan takwa di bumi Melaka, Luna makhluk bangsa Polip dan Laksamana Hang Tuah dapat mengimbangi jalan cerita tanpa Haryani dan Dani..
Bab peperangan antara Portugis dengan Laksamana Sunan, Hang Tuah , Hang Lekiu dan orang-orang Melayu di Hulu Melaka tidak begitu berkesan..walaupun penceritaan menggunakan teknik screenplay, keberkesanan penceritaan itu masih nampak kelemahannya..kehebatan dan kekuatan setiap watak tak begitu jelas diceritakan..dan bab peperangan itu sendiri nampak seperti tak begitu jelas..
Pengakhiran (ending) Cinta Sufi agak tergantung..tiada kesudahan yg pasti dgn watak Sunan, Luna dan Catalina...masih banyak persoalan yg belum dirungkai dan jalan cerita menjadi tergantung dan menjatuhkan mood di akhir pembacaan..
Bangaimanapun, Cinta Sufi sangat menarik dan sarat mengandungi pengajaran dan penghayatan agama Islam di dalamnya..tidak menilai kepada watak, tetapi mesej dan pengajaran itu lebih penting untuk diambil dan dipraktikkan dalam kehidupan...
Ternyata trilogi Bagaikan Puteri ini bukanlah novel kosong dan tidak sia-sia membacanya kerana dengannya boleh menyuburkan iman dan menimbulkan rasa insaf..
"Sekali kurebah, sejuta kali kubangkit.."
* kpd mereka yg tak faham membaca post ni xpe...kefahaman itu akan datang apabila selesai membaca 4 buah novel ini.......tapi yg pasti ada sesuatu yg boleh diambil sbg pengajaran...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
cinta sufi dh kuar yea??huhu..x tau plak..anyway thanx..:P
Post a Comment