Salam semua....
Agaknya apa yg anda sedang lakukan sekarang ini?sedang  menikmati makanan lazat?menonton TV?facebooking?bergembira dgn orang tersayang?menonton wayang?atau apa-apa saja yg anda sedang lakukan...yg  pasti sy tahu sekarang anda sedang melekap di depan laptop atau desktop  membaca blog ni.....mungkin sekarang kita sedang berbahagia melalui hari-hari  bahagia dalam hidup..tapi adakah kita sedar bahawa sekarang, pada masa  anda membaca post ini, sesuatu sedang berlaku di luar sana..di luar  jangkauan manusia...
Tahukah anda bahawa galaksi Andromeda sedang  mengejar kita untuk 'membaham' dan 'menelan' Bima Sakti? Galaksi  Andromeda merupakan galaksi yg paling hampir dgn Bima Sakti dgn jarak  2.5 juta tahun cahaya..
Dengan  kelajuan 300 km/saat....300 km per saat...3 kali ganda  lebih pantas  daripada kelajuan peluru....Galaksi Andromeda ini sedang 'mengejar' Bima  Sakti di mana sistem solar kita terletak....dan bayangkan jika galaksi  Andromeda yg lebih besar daripada galaksi kita mertembung dan bergabung  dgn Bima Sakti, apa akan terjadi? sudah tentu segalanya akan musnah dan  punah ranah..berjuta-juta bintang dalam kedua galaksi ini akan terlempar   daripada pusingan orbit masing-masing..seluruh struktur galaksi akan  berubah secara total dan akan membentuk satu bentuk galaksi baru yg  lebih besar..
Fenomena ini dianggap proses semulajadi bagi semua  galaksi..perlanggaran ini merupakan proses 'kelahiran' atau 'kematian'  sesebuah galaksi itu..dan tidak terhad kepada hanya 2 buah galaksi  sahaja, penggabungan ini juga boleh terjadi melibatkan 3 atau empat buah  galaksi..walaupun ia adalah proses semulajadi alam, namun tidak semua  galaksi mengalami proses ini..hanya galaksi tertentu sahaja yg mengalami  proses penggabungan ini..
tak tergambar dek akal fikiran betapa  dahsyatnya tatkala semua planet dan bintang-bintang bertembung dan  hancur..adakah masih ada lagi ruang untuk kita melarikan diri?  jawapannya pasti tidak..Bumi yg begitu kerdil tidak mungkin akan  terkecuali daripada menjadi 'mangsa' Andromeda...dan sebagai umat Islam  yg beriman dgn rukun iman, inilah yg dikatakan kiamat...ketika  bintang-bintang dan planet-planet berguguran....
Namun, dgn  kelajuan 300 km/saat dan jarak 2.5 juta tahun cahaya dari Bima Sakti,  kejadian pertembungan dua galaksi ini diramalkan akan berlaku dalam  tempoh 2.5 bilion tahun lagi..tetapi, adakah bumi yg sudah begitu uzur dan nazak dek kerana tangan-tangan manusia ini  mampu menunggu 2.5 bilion tahun lagi untuk musnah?sedangkan  tanda-tanda kecil kiamat sudah jelas kelihatan....
Info:
4 galaksi besar yg berada kira-kira 5  juta tahun cahaya dari bumi dijangka akan bergabung pada sekitar bulan  Ogos 2010. Penggabungan ini akan membentuk sebuah galaksi baru bersaiz  10 kali ganda lebih besar daripada Bima Sakti!
dipetik dan diubahsuai dari Majalah Infinity  edisi Mei 2010
 


 

6 comments:
kadang-kadang terfikir jgk adakah sempat utk bumi ini hidup 2.5 billion thn lg...lme tu..
tpi kenapa galaksi kita x lari gak..dh owg kejar, lari ar...
ala, takut bca cter ni, pahala ada sekelumit je[ye ke,nta2 lg skit..], dosa brtimbun2...insaf....
nak tanyer apa makne tn\entng kelajuan juta cahaya itu...??????
ianya sama dgn kelajuan apa????
cahaya bergerak dgn kelajuan lebih kurang 300,000,000 meter per saat atau 300,000 km per saat..
2.5 juta tahun cahaya bermaksud:
jika sesebuah objek bergerak pd kelajuan cahaya, ia mengambil masa selama 2.5 juta tahun utk sampai ke andromeda..
Post a Comment